**Yip Wing Hong (206250)
Kaedah Penyelesaian Masalah
Manusia menghadapi pelbagai masalah dan isu dalam kehidupan. Oleh itu terdapatlah pelbagai-bagai cara untuk menyelesaikan masalah manusia.
Sifat penyelesaian masalah yang berlainan mengikut orang, Ciri-ciri penting individu yang menjadikan seseorang penyelesaian masalah yang berkesan adalah motivasi yang kuat, trait yang positif, jati diri dan membina kemahiran.
Selain itu, terdapat contoh model penyelesaian masalah seperti enam langkah (chang dan kelly, 1993) dan lapan langkah (francis, 1990).
Masalah dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu misteri, tugasan, kesukaran, keempat peluang, 'puzzles', dan dilema.
Model penyelesaian masalah secara saintifik dan logik mempunyai lapan langkah mengikut turutan, iaitu mendefinisikan masalah, mengkelaskan masalah, tentukan objektif, tentukan ukuran kejayaan, kutipan data, membuat keputusan, melaksanakan keputusan yang diambil, dan akhirnya penilaian.
Penyelesaian masalah secara saintifik melibatkan proses empirikal induktif seperti megadakan hipotesis, mengumpul maklumat, dan membuat kesimpulan. Penyelesaian secara kreatif/lateral pula mempunyai ciri-ciri seperti ia tidak bersifat kritikal seperti kaedah logik, ia tidak bersifat analitikal seperti keadah saintifik dan tidak bersifat vertical atau sehala seperti kaedah saintifik yang hanya berfikir menurut logik sebab-akibat.
Buku yang pertama membincangkan tentang kaedah Enam Topi berfikir, yang harus dipakai satu lepas satu secara berasingan oleh seseorang atau secara berkumpulan, iaitu Topi hijau, Topi kuning, Topi putih, Topi hitam, Topi merah, dan Topi biru. manakala buku kedua, Edward de bono'Sia Action Shoes' mengupas pula tentang keadah Enam Kasut Bertindak seperti kasut formal biru laut, kasut kelabu, kasut perang, boot oren, selipar merah jambu dan kasut tunggangan ungu.
Penyelesaian masalah melalui perasaan sebenarnya berasaskan konsep kecerdasan EQ yang digunakan oleh Peter Salovey dari Universiti Harvard pada tahun 1990. Kecerdasan emosi mengandungi lima domain utama mengikut Solovey, iaitu kebolehan mengetahui emosi sendiri, kebolehan dalam pengurusan emosi, kebolehan meningkatkan motivasi, kebolehan mengenal emosi orang lain, dan kebolehan menjalin persaudaraan. Kebolehan-kebolehan tersebut biasanya tidak dimiliki oleh seseorang individu sepenuhnya, tetpi dimiliki oleh orang-orang yang berbeza.
penyelesaian masalah secara islam pula mempunyai dua corak yang popular, iaitu pedekatan hukum dan pendekatan sufi. Pendekatan hukum merupakan bentuk pendekatan islam yang bersifat rasional dan intelektual. Sebagai hukum yang sudah jelas terdapat dalam al-Quran dan al-Hadith, semuanya wajib dipatuhi dan ditaati sepenuhnya pada setiap masa dan tempat, kecuali sebab-sebab seperti darurat, penyakit, gila, pengsan, usia tua dan cacat mental. Pada umumnya ciri-ciri (khasais) syariat islam adalah seperti rabbani (ketuhanan), alamiah (universal), syumul (menyeluruh), dan wasatiyyah (seimbang). Manakala pendekatan sufi pula dianggap bersifat moral dan spiritual, ia berasaskan proses tazkiyyat al-nafas atau pembersihan diri melalui dua aspek iaitu pembersihan diri (takhalli) dari sifat-sifat buruk (mazmumah) dan menghias diri dengan sifat-sifat baik (mahmudah).